Posted by: deriyadh | April 21, 2012

LOGO PENGAKAP DAN UNSUR KEAGAMAAN KRISTIAN

Jika diteliti dan diamati secara mendalam, didapati simbol logo pengakap yang diguna pakai oleh Pengakap Malaysia sekarang mempunyai unsur-unsur keagamaan khususnya Kristian sebagai identiti. Secara umumnya, simbol keagamaan Kristian ialah tiga kelopak bunga lili atau dikenali sebagai Fluer-de-lis. Bukti jelas perbandingan dua logo di bawah menerangkan maksud logo tersebut. Manakala lakaran seterusnya menunjukkan evolusi simbol bunga Fleur-de-lis kepada logo Pengakap.

Persamaan Logo Pengakap Malaysia dan Pengakap Sedunia

 

Lakaran evolusi Fleur-de-lis kepada logo Pengakap

Simbol Fleur-de-lis

Fleur-de-lis pada baju Marie de medici

Terjemahan Bahasa Inggeris daripada “fleur-de-lis” (kadang-kadang dieja “fleur-de-lys”). Fleur-de-lis adalah ungkapan di dalam bahasa Perancis yang memberi maksud Bunga Lili iaitu Fleur (Bunga) dan lis (Lili). Secara tradisional, simbol ini telah digunakan untuk mewakili kerabat raja Perancis. Ia digambarkan sebagai menandakan kesempurnaan, cahaya, dan kehidupan. Menurut legenda, bunga ini dikatakan hasil persembahan malaikat kepada Clovis, raja Merovingian kaum Frank. Pemberian bunga ini dikaitkan dengan simbol penghapusan dosa Clovis kerana beliau telah bertukar memeluk Kristian. Selain daripada itu, Clovis juga telah menggunakan simbol ini kerana tuah bunga lili ini membolehkannya menyeberang sungai dan berjaya dalam pertempuran. Bunga lili menjadi satu pengaruh yang unik kepada simbol-simbol kerajaan beraja di negara-negara Eropah khususnya Perancis dan Sepanyol.

Agama dan Perang

Simbol bunga lili ini telah dijadikan logo pada sepanduk putih oleh Joan of Arc yang menunjukkan tuhan telah memberkati fleur-de-lis menjadi lambang kerajaan Perancis ketika beliau memimpin pasukannya mencapai kemenangan ke atas Inggeris semasa menyokong Dauphin, Charles VII untuk mencari takhta Perancis.

Simbol Fleur-de-lis pada Pope

Susulan daripada kejadian tersebut, Gereja Katolik Rom telah mengatakan bahawa bunga lili sebagai lambang khusus dari Perawan Maria (Virgin Mary). Oleh kerana fleur-de-lis mempunyai tiga “kelopak bunga,” katanya fleur-de-lis juga telah digunakan untuk mewakili Tritunggal Kudus (Holy Trinity).

Oleh itu, penggunaan simbol Fleur-de-lis juga merangkumi simbol-simbol rasmi yang diguna pakai oleh Ketua Paderi Kristian yang bergelar Pope bagi gereja besar Katholik di Vatican, Itali. Penggunaan simbol ini banyak digunakan oleh sebahagian Pope sebagai logo-logo rasmi mereka seperti Pope Vincenzo Raaele Pecci (1810 – 1903), Pope Giovanni Antonio Monthini (1897 – 1978) dan Pope Angelo Geuseppe Roncalli (1881 – 1963).

Simbol Pope berunsurkan Fleur de lis

Penjenamaan Semula Pengakap

Secara dasarnya, aktiviti Pengakap adalah positif dalam membentuk jatidiri dan kendiri seseorang dalam mengharungi rintangan dan cabaran terutamanya sewaktu berada di dalam keadaan darurat atau sesat di dalam hutan. Namun begitu, terdapat beberapa unsur-unsur keagamaan perlu dibersihkan agar ia tidak melambangkan sesuatu anutan atau fahaman agama. Perkara ini adalah penting kerana kita tidak mahu orang Islam yang mengikuti pertubuhan ini secara HALUS telah menggadaikan AQIDAH dan SYARIAT Islam yang menjadi IKTIKAD kita. Kalau disalah ertikan, ia boleh membawa kepada MURTAD.

Logo dan penampilan KRS mengikut acuan Malaysia

Oleh itu, satu proses “PENJENAMAAN SEMULA” Pengakap perlu dibuat agar ia BEBAS dari semua elemen SYUBAHAH. Kalau boleh nama Pengakap hendaklah diubahsuai kepada nama lain, logo direka semula dan budaya-budaya dalaman diubahsuai agar sesuai untuk disertai oleh pelajar atau orang Islam. Perkara ini tidak sukar dilakukan. Misalnya penubuhan Kadet Remaja Sekolah (KRS) iaitu sebuah pertubuhan unit beruniform baru ala-kadet di mana KRS ditubuhkan dengan sistem yang tersendiri dan penjenamaan sendiri walaupun sekilas pandang kelihatan ia seperti unit beruniform Kadet Bersatu.

Adakah kita sanggup melihat SIMBOL AGAMA bukan Islam melekat di dada baju anak-anak kita? Dan diusung ke merata tempat tanpa si pemakai mengetahui asal-usul SIMBOL tersebut? Pendedahan ini bukanlah bertujuan untuk mencadangkan agar PENGAKAP diHARAMkan tetapi perlunya penapisan yang sangat HALUS terhadap elemen-elemennya agar KEBAIKAN dan MANFAAT daripadanya dapat diserap manakala KEKURANGAN dan MUDARAT yang tidak KELIHATAN dapat dielakkan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.fleurdelis.com/fleur.htm

Posted by: deriyadh | Januari 6, 2011

Dilindungi: Hari Pertama Persekolahan Anak Sulungku

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Posted by: deriyadh | Disember 7, 2010

Allah penentu segalanya

Alhamdulillah. Adik saya telah selamat berijab kabul dengan Nurfathyah di Masjid Kampung Beris Kubur Besar pada 19 November 2010.

Permohonan beliau untuk memiliki kereta Myvi juga terkabul pada 30 November 2010.

Namun Allah penentu segalanya. Ketika beliau bertolak ke Kota Bahru, kemalangan terjadi yang melibatkan 5 kenderaan lain. Waktu itu, dia memandu dan ditemani oleh isteri dan adik iparnya. Kemalangan itu telah meragut nyawa adik ipar beliau yang juga biras saya.

Semua yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya dan semoga arwah berada dalam golongan yang dijanjikan syurga. Amin.

Al-Fatihah.

Pelajar UiTM maut kereta bergesel

Oleh YATIMIN ABDULLAH
berita@kosmo.com.my

 


BEGINILAH keadaan kereta jenis Perodua Myvi dinaiki Ahmad Muzaffar yang maut dalam kemalangan di Kilometer 46.8, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di Machang semalam.


MACHANG – Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor terbunuh manakala enam yang lain cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 46.8, Jalan Kota Bharu- Kuala Krai di Kampung Kemuning di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa, Ahmad Muzaffar Abdul Rahman, 23, (gambar kecil) dari Kampung Beris Kubur Besar, Bachok dekat sini meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di kepala selepas tercampak keluar dari kereta jenis Perodua Myvi yang dinaikinya bersama kakak dan abang iparnya.

Pada masa kejadian, keadaan jalan masih gelap dan licin kerana hujan renyai-renyai.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Supritendan Abdul Malek Bedol berkata, pada masa kejadian kereta Myvi yang dipandu abang ipar mangsa, Mohamad Firdaus Hajan, 23, berlanggar dan bergesel dengan sebuah kenderaan jenis sama dari arah bertentangan yang hilang kawalan selepas cuba memotong sebuah lori.

“Tiga buah kenderaan lain iaitu sebuah kereta jenis Subaru, Proton Wira dan lori yang datang dari arah sama dengan kenderaan yang dinaiki mangsa telah berlanggar sesama sendiri untuk mengelak dari dirempuh Perodua Myvi yang hilang kawalan tersebut.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa tercampak keluar dari kereta dan mati di tempat kejadian,” katanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1206&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

Posted by: deriyadh | Oktober 19, 2010

Genap 2 Tahun

Genap 2 tahun post saya hari ini dengan post terakhir sebelumnya. Lama sunguh masa yang saya ambil untuk mula menulis semula dalam blog ini. Maklumlah, keadaan berbanding 2 tahun lalu sudah berubah. Kalau dahulu saya lebih banyak menghadap dan melayari internet yang mana memudahkan saya untuk menulis..

Sekarang ini keperluan dan kemudahan untuk saya giat semula telah tersedia. Peluang yang ada ini saya manfaatkan untuk mengisi apa sahaja maklumat di dalam blog ini.

Semoga blog ini bermanfaat kepada saya dan orang lain.

Posted by: deriyadh | Oktober 19, 2008

Dilindungi: Balik kampung…!

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Posted by: deriyadh | Julai 7, 2008

Dilindungi: Hari Lahir Puteraku

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Posted by: deriyadh | Jun 29, 2008

Dilindungi: Ulang Tahun Ke-3

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Posted by: deriyadh | Jun 24, 2008

Minyak punya pasal..

stesen minyak

Sekali lagi minyak punya pasal. Pasal apa? Saya pun pening.  Masalah yang paling sensasi sekarang ini. Timbul khabar angin mengatakan stesen minyak akan mogok dengan menutup operasi perniagaan mereka selama lima hari menyebabkan orang ramai berpusu-pusu untuk mengisi minyak. Ini menyebabkan situasi panik di kalangan pengguna terutamanya yang berkenderaan.

Khabar angin juga mengatakan pengusaha stesen minyak akan mengenakan harga yang lebih tinggi sebanyak RM1 daripada harga semasa sekarang. Siapalah  yang tidak panik dengan kenyataan sebegini. Kalau saya ingin sahaja rasanya bawa tangki air isi semuanya dengan bahan bakar tersebut.

Saya sebenarnya tidak sedar dengan khabar angin ini sehinggalah saya keluar ke bandar pada pukul 6.00 petang. Saya terkejut dengan jumlah kenderaan yang banyak  berbaris sepanjang ke stesen minyak. Saya ingatkan harga minyak akan naik lagi. Maklumlah parlimen kelmarin membuat undian belah bahagian mengenai usul khas kenaikan harga petroleum dan barangan selepas dibahas dan meluluskan usul tersebut.

Baca Lagi…

Posted by: deriyadh | Jun 17, 2008

Dilindungi: Sunyi yang teramat sangat..

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Posted by: deriyadh | Jun 15, 2008

ronda kampung, ladang mostyn

papan tanda ladang mostyn

Seperti biasa, lumrah bagi seorang anak pastinya akan sentiasa memikirkan keadaan orang tua mereka di kampung. Begitulah juga dengan saya. Kalau tidak berfikiran macam ni, anak derhakalah namanya. Lainlah kalau dah tak ada mak bapa.

Selesai waktu kerja pada pukul 5 petang (13hb jun 2008), waktu itu hujan sangat lebat. Saya balik ke rumah dahulu untuk bersiap kerana isteri dan anak menunggu. Apabila hujan semakin reda dan solat maghrib pun dah ditunaikan, kami terus ke stesen bas menaiki teksi. Di Tawau terdapat 3 stesen bas. Stesen bas dalam bandar (jarak dekat) berhampiran bangunan MARA, stesen bas antara bahagian tawau (kunak, semporna, lahad datu dan tawau) di Sabindo Square dan stesen bas seluruh sabah (jarak jauh); lebih dikenali dengan stesen kk yang terletak berhampiran dengan perpustakaan. Kami ke stesen bas kk sebab stesen bas kunak hanya beroperasi hingga pukul 5. Bertuah kalau dapat bas selepas waktu itu.

Baca Lagi…

Older Posts »

Kategori