Posted by: deriyadh | Mei 27, 2008

Dilindungi: Ronda-ronda zoo

Kiriman ini dilindungi oleh kata laluan. Untuk melihatnya, sila masukkan kata laluan anda di bawah:


Posted by: deriyadh | Mei 27, 2008

Dilindungi: Riadah di waktu petang

Kiriman ini dilindungi oleh kata laluan. Untuk melihatnya, sila masukkan kata laluan anda di bawah:


Posted by: deriyadh | Mei 25, 2008

Dilindungi: Jalan-jalan, pusing-pusing..

Kiriman ini dilindungi oleh kata laluan. Untuk melihatnya, sila masukkan kata laluan anda di bawah:


Posted by: deriyadh | Mei 25, 2008

Pertandingan perahu di Perairan Traulsen

(gambar : sekadar hiasan)

Pagi tadi telah berlangsung satu pertandingan yang menarik dan jarang diadakan iaitu pertandingan lumba perahu. Pertandingan itu diadakan di Perairan Traulsen berhampiran dengan Jalan Pesisiran. Walaupun telah diadakan beberapa kali sebelum ini, pertandingan ini adalah kali pertama saya menghadirinya.

Pada malam sebelum pertandingan saya cuba lihat semula kain rentang promosi pertandingan perahu itu yang digantung di Pasar Ikan Tawau tetapi telah ditanggalkan kerana pasar ketika itu sedang dalam proses pembaikan. Saya tidak ingat pukul berapa pertandingan itu akan berlangsung. Baca Lagi…

Posted by: deriyadh | Mei 24, 2008

Funfair ‘bergerak’ di Tawau.

 

Mmmm.. Satu lagi bentuk hiburan akan melanda Tawau. Rasanya orang Tawau tahu apa yang saya maksudkan. Hiburan yang saya maksudkan ialah funfair. Funfair ini kini dalam pemasangan dan dijangka dibuka pada 1 Jun ini. Funfair ini telah datang sekali pada tahun lalu dan kali ini adalah kali kedua dia berada di Tawau pada tapak yang sama.

Setakat ini banyak benda pasal funfair ini saya tidak tahu. Macam mana bentuk hiburan lain yang ada di dalam sebab tidak pernah  masuk. Kalau ada masa nanti saya akan cuba masuk untuk mendapat gambaran sebenar keadaan di dalam pusat hiburan itu.

Baca Lagi…

Posted by: deriyadh | Mei 18, 2008

Gempa menggemparkan Tawau..

Ketika asyik menonton televisyen, saya rasa satu kelainan pada hari ini. saya lihat jam dinding di rumah saya bergoyang. Badan saya terasa bergoncang. Saya tanya isteri saya ada tak dia rasa seperti yang saya rasa. Rupanya sama. Memang sah. Gempa sedang menggegarkan bumi Tawau. Waktu itu jam menunjukkan 2.25 petang. Jiran saya yang sedang sakit ketika itu menyangka gegaran itu adalah disebabkan oleh sakitnya dan jiran sebelah lagi yang sedang duduk melunjur kaki ditegur oleh anaknya kerana kakinya bergoyang seperti terbuai. Tidak satu pun yang menyangka itu adalah gempa hinggalah isteri saya bertanya kepada semua jiran. Semua pun terasa gegaran itu. Selepas itu riuhlah kejiranan saya dengan peristiwa gempa itu.

Saya yang seperti tak percaya cuba tengok tv perdana kalau ada siaran yang memaparkan peristiwa itu tetapi tidak ada. Saya perlahankan tv dan ketika itu jiran sedang mendengar Tawau FM. Bunyi yang kuat dari corong radio mereka jelas diberitahu oleh dj ketika itu bahawa tawau telah dilanda gempa. Alhamdulillah tiada apa kerosakan yang berlaku di tempat saya. Saya tidak tahu pula tempat lain keadaannya macam mana.

Baca Lagi…

Posted by: deriyadh | Mei 14, 2008

Konsert di Sabah, lagi dan lagi..

Satu lagi projek mega di  Tawau. Konsert yang dijadual akan diadakan di tiga tempat di Sabah termasuklah Tawau pada bulan Mei 2008 (saya tidak sebut sebab taknak jadi promoter pula). Promosi konsert ini telah pun tersebar luas. Di Tawau ni sahaja setiap ruang kosong dinding premis perniagaan diguna sepenuhnya untuk melekatkan poster konsert. Tidak tahulah kalau ada medium lain yang digunakan untuk promosi konsert seperti radio Tawan FM. Saya ni tak dengar radio sangat.

Ramai juga artis yang terlibat. Ramai di antaranya saya tak kenal sebab saya tak ambil peduli sangat mereka ni. Apapun saya tidak berniat disini untuk mempromosikan konsert ini tetapi ingin mengajak sahabat sekalian untuk berfikir apakan kebaikan semua ini. Kalau kita masa di sekolah dahulu selalu disuruh buat karangan dan cuba cari baik dan buruk sesuatu perkara itu. Siap nak jumlah perkataan lagi. Baca Lagi…

Posted by: deriyadh | Mei 9, 2008

Peristiwa jumaat

masjid tawau

Erm.. hari ini ntah apa yang terjadi, semasa sedang berada dalam masjid mendengarkan khutbah di salah satu masjid di sini, teks khatib diterbangkan oleh angin kipas masjid. Apalagi, bertaburanlah teks khatib tu di atas mimbar. Masalah besarnya teks tersebut tidak bermuka surat dan khatib itu juga adalah orang tua dan tahap penglihatannya sudah kurang. Sejak dari itu teks yang dibacanya satu pun saya tak faham.

Baca Lagi…

Posted by: deriyadh | Mei 6, 2008

Perangai bebudak sekarang..

Entah kenapa dengan saya hari ini, apapun ianya satu perubahan yang baik. Walaupun anak saya buat perangai, saya hanya senyum memperhatikannya. Alhamdulillah.

Sedang syok menonton sidang parlimen, tak sedar masa tayangan di RTM1 dah tamat. Waktu nak mengulaslah pula. Dari apa yang saya perhatikan, penerangan yang diberi memang jelas sekali menunjukkan tetamu jemputan tersebut sedang mengajar dan memperkenalkan kepada semua prosedur-prosedur persidangan dalam dewan rakyat. Dapat juga sedikit ilmu tentangnya. Maklumlah, pertama kali selama 50 tahun sidang parlimen ditayangkan secara langsung. Nasib baik kali ni tak ada bigfoot dan big monkey. Tak tahulah pula selepas tayangan secara langsung tu. Baca Lagi…

Posted by: deriyadh | Mei 5, 2008

Kehidupan!

madaiAlhamdulillah, segalanya berjalan seperti yang dirancang pada hari ini. Seperti biasalah kalau nak pergi berurusan pada hari isnin semua pejabat penuh sesak dengan orang ramai.

Saya sempat menonton sekejap lintas langsung dari parlimen yang dikelolakan oleh RTM1. Nampaknya perbahasan kali ini tidaklah seperti minggu sudah walaupun pada awalnya agak kelam kabut disebabkan perkara berbangkit daripada minggu lalu. Semuanya berjalan lancar selama setengah jam yang ditayangkan. Selepas itu tak tahulah saya. Tak tengok pula.

Hari ini juga isteri tercinta pergi ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan rutin bagi ibu mengandung. Alhamdulillah doktor mengesahkan 98% kemungkinan jantina anak saya adalah mujahid. Kalau benar, syukur sesangat kerana menepati kehendak kami. Klinik juga tidak terlepas dengan kesibukan pada awal minggu. Kali ini adalah hari yang paling lama beliau menunggu untuk menerima rawatan. Selalunya sejam sahaja dah selesai. Kali ini hampir nak tutup klinik tu barulah gilirannya tiba. Sempat lagi doktor tu buat lawak suspen mengatakan anak kembar. Isteri saya pun sempat juga mengenakan saya. Balik sahaja dari tempat kerja dia beritahu yang kami akan mendapat anak kembar. Saya yang ketika itu muka penat dengan gaya tersadai di ruang tamu tetiba segar dengan kejutan itu. Ceh… rupanya hanya lawak. Apalagi, isteri saya ketawalah melihatkan reaksi saya.

Baca Lagi…

« Kiriman-Kiriman Berikutnya - Kiriman-Kiriman Sebelumnya »

kategori