Posted by: deriyadh | Disember 7, 2010

Allah penentu segalanya

Alhamdulillah. Adik saya telah selamat berijab kabul dengan Nurfathyah di Masjid Kampung Beris Kubur Besar pada 19 November 2010.

Permohonan beliau untuk memiliki kereta Myvi juga terkabul pada 30 November 2010.

Namun Allah penentu segalanya. Ketika beliau bertolak ke Kota Bahru, kemalangan terjadi yang melibatkan 5 kenderaan lain. Waktu itu, dia memandu dan ditemani oleh isteri dan adik iparnya. Kemalangan itu telah meragut nyawa adik ipar beliau yang juga biras saya.

Semua yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya dan semoga arwah berada dalam golongan yang dijanjikan syurga. Amin.

Al-Fatihah.

Pelajar UiTM maut kereta bergesel

Oleh YATIMIN ABDULLAH
berita@kosmo.com.my

 


BEGINILAH keadaan kereta jenis Perodua Myvi dinaiki Ahmad Muzaffar yang maut dalam kemalangan di Kilometer 46.8, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di Machang semalam.


MACHANG – Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor terbunuh manakala enam yang lain cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 46.8, Jalan Kota Bharu- Kuala Krai di Kampung Kemuning di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa, Ahmad Muzaffar Abdul Rahman, 23, (gambar kecil) dari Kampung Beris Kubur Besar, Bachok dekat sini meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di kepala selepas tercampak keluar dari kereta jenis Perodua Myvi yang dinaikinya bersama kakak dan abang iparnya.

Pada masa kejadian, keadaan jalan masih gelap dan licin kerana hujan renyai-renyai.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Supritendan Abdul Malek Bedol berkata, pada masa kejadian kereta Myvi yang dipandu abang ipar mangsa, Mohamad Firdaus Hajan, 23, berlanggar dan bergesel dengan sebuah kenderaan jenis sama dari arah bertentangan yang hilang kawalan selepas cuba memotong sebuah lori.

“Tiga buah kenderaan lain iaitu sebuah kereta jenis Subaru, Proton Wira dan lori yang datang dari arah sama dengan kenderaan yang dinaiki mangsa telah berlanggar sesama sendiri untuk mengelak dari dirempuh Perodua Myvi yang hilang kawalan tersebut.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa tercampak keluar dari kereta dan mati di tempat kejadian,” katanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1206&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.