Posted by: deriyadh | Jun 15, 2008

ronda kampung, ladang mostyn

papan tanda ladang mostyn

Seperti biasa, lumrah bagi seorang anak pastinya akan sentiasa memikirkan keadaan orang tua mereka di kampung. Begitulah juga dengan saya. Kalau tidak berfikiran macam ni, anak derhakalah namanya. Lainlah kalau dah tak ada mak bapa.

Selesai waktu kerja pada pukul 5 petang (13hb jun 2008), waktu itu hujan sangat lebat. Saya balik ke rumah dahulu untuk bersiap kerana isteri dan anak menunggu. Apabila hujan semakin reda dan solat maghrib pun dah ditunaikan, kami terus ke stesen bas menaiki teksi. Di Tawau terdapat 3 stesen bas. Stesen bas dalam bandar (jarak dekat) berhampiran bangunan MARA, stesen bas antara bahagian tawau (kunak, semporna, lahad datu dan tawau) di Sabindo Square dan stesen bas seluruh sabah (jarak jauh); lebih dikenali dengan stesen kk yang terletak berhampiran dengan perpustakaan. Kami ke stesen bas kk sebab stesen bas kunak hanya beroperasi hingga pukul 5. Bertuah kalau dapat bas selepas waktu itu.

terminal bas kk

Sampai di stesen, saya ingin membayar tambang terkejut dengan harga yang dikenakan iaitu RM8. Kebiasaannya adalah RM5 untuk 2 orang tetapi telah naik sebanyak RM3 dan lebih 50% kenaikan. Terkejut juga sebab ingatkan mereka ini dapat subsidi minyak. Ish, rasa nak bertekak dengan pemandu teksi tu pun ada tapi nak cepat rasa malas pula. Sekarang ini banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan bas ke kk jadi mudah untuk saya membuat pilihan. Kebanyakan bas akan mula bergerak pada pukul 8 malam. Saya memilih Syarikat Pelangi kerana bas mereka akan bertolak pada pukul 7.30 malam. 30 minit lebih awal.

Tepat pada masanya bas bertolak, waktu itu memang sejuk ditambah lagi dengan pendingin hawa bas. Memang sangat sejuk. Saya yang hanya berbaju T tanpa kolar menggigil kesejukan. Konduktor bas pula memasang cerita seram bertajuk Suster Ngesot. Ish ish, silap ‘timing’ la pula. Dah la kita ni balik malam, masuk ke dalam ladang pula jauh, dia pasang filem sebegitu. Isteri saya langsung tidak memandang ke tv. Dia ni ada alahan kalau nak tengok cerita macam ni. Nak tengok pun kena berteman dan tanpa ada bunyi dipasang. Hehehe.

'gate'Jarak dari Tawau ke Kunak hanyalah 84 km dan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Kami tiba di simpang ladang mostyn pada pukul 8.30 malam. Alhamdulillah, perubahan yang telah dibuat pada pintu masuk ladang itu membuatkan kawasan itu terang benderang. Semacam ada pesta tetapi suasananya sunyi. Ada juga pakcik yang jaga tempat tu sebagai peneman. Pakcik tu tanya nak ke mana sebab dia memang tidak kenal dengan saya. Saya jawab nak ke rumah bapa saya. Pakcik tu mengangguk tanda tahu. Dia memang antara orang lama di dalam ladang itu. Memang dia kenal pun dengan bapa saya. Sambil berbual-bual, saya cuba menelefon adik saya untuk menjemput kami di ‘gate’ tetapi tidak dapat menghubungi telefon bimbitnya. Saya fikir mesti bekalan elektik terputus. Itu hanya tekaan sahaja waktu itu. Setelah cuba beberapa kali dan masih tidak berjaya, saya cuba telefon adik ipar saya kalau dia tahu nombor adik saya yang seorang lagi (isterinya) sebab nombor lamanya dia yang pegang. Nombor yang diberi saya dail dan alhamdulillah ada jawapan. Saya memintanya beritahu adam untuk mengambil saya di gate secepat mungkin.

simpang masuk ke kg. lama baru

Tidak lama selepas itu ada sebuah kereta kancil yang hendak masuk ke dalam. Orang itu nak masuk hingga ke kawasan perumahan guru sahaja sebab dia menginap disitu. Ketika saya hendak masuk, bapa saya tiba menaiki motor. Sebenarnya jarak hendak masuk ke dalam hanyalah 1.4km sahaja tetapi dikelilingi dengan kelapa sawit. Sepanjang jalan tu sangat gelap. Alhamdulillah cikgu itu hendak menghantar isteri saya hingga ke rumah. Saya pula hanya bermotor dengan bapa. Masuk sahaja ke simpang, suasana kampung gelap gelita sebab bekalan elektrik terputus. Hanya kampung saya sahaja (Kampung Lama Baru) yang terputus bekalan dan bapa saya sendiri tidak tahu kenapa. Dia pernah bertugas menjaga enjin elektrik ladang jadi dia tahu serba sedikit penyebab yang biasa menyebabkan elektrik terputus. Dia sendiri sedikit merungut kerana ketua kampung seolah-olah tidak menjalankan tanggungjawabnya untuk menghidupkan semula elektrik di kampung pada malam itu. Maklumlah cucu kesayangan datang. Kami sempat berbual-bual dalam gelap bertemankan lilin. Kegelapan itu tidak menghalang kami untuk melayan perasaan masing-masing yang jarang bertemu. Hampir pukul 12 barulah kami semua terlena.

Keesokan harinya bapa dan mak saya tidak bekerja sebab nak bermanja dengan cucu mereka. Bapa saya kalau pergi kerja biasanya balik pada pukul 6 petang. Kami selalu balik ke Tawau pukul 11 pagi jadi bapa saya mengambil keputusan untuk tidak bekerja. Bukan selalu dapat jumpa cucu. Anak saya aktif sangat bermain hingga tidak peduli panas terik. Asyik berlari sahaja di laman rumah. Sempat juga saya mengambil beberapa gambar ketika itu. Daus yang dah lama saya tidak jumpa pun dah semakin ‘kembang’. Gemuk la tu. Min pula tinggal beberapa hari sahaja jangkaan untuk melahirkan. Memang lainlah dua orang budak yang dah tak budak ni. Maklumlah sudah ‘besar’.

bulatan jalan depan Kedai Tinggipusat jagaan kanak-kanakdewan

Bapa saya seperti biasa membelikan cucunya aiskrim. Dia suka tengok kalau cucunya itu makan aiskrim. Dia seorang sahaja boleh habiskan semua itu. Sempat juga saya makan sup yang mak masak. Jarang dah makan masakan mak. Semua pun makan dengan selera. Sambal yang dibuat pun sedap. Biasalah kalau saya tak ada sambal rasa tak lengkap makan. Selepas itu, saya sempat meninjau keadaan sekitar kampung dan sememangnya telah banyak yang berubah. Pusat jagaan kanak-kanak lebih kemas dan bersih. Dewan juga mengalami perubahan yang ketara. Bambu yang tumbuh di sekitar dewan dahulu sekarang telahpun ditebang diganti dengan pagar ‘hijau’. Bahagian dalam dewan juga diguna sementara sebagai kelas kerana ramai anak-anak pekerja ladang yang tidak dapat bersekolah di sekolah kerajaan disebabkan oleh dasar pendidikan sekarang.

padang bola

Kawasan padang juga berubah. Tidak ada lagi pagar mengelilingi padang. Bukit batu yang dapat dilihat di antara pokok kelapa dan bumbung jingga pun sudah hampir tidak kelihatan. Ketinggiannya dahulu melepasi pokok kepala daripada pandangan seperti sekarang ini tetapi akibat pengondolan bukit secara berterusan untuk menjual batu menyebabkan semakin lama sudah semakin rata bukit tersebut. Kasihan.

pondok pengawalpondok menunggu bas ke kunak

Selepas ini semuanya hanya akan menjadi kenangan. Sekarang ini pun telah banyak berubah ladang ini. Lihat sahaja pintu masuknya yang paling ketara perubahannya. Pondok pengawal, pondok menunggu bas dan laluannya semuanya sudah berubah dan semakin cantik. Alhamdulillah. Maklumlah, pengurus baru dengan peruntukkan yang banyak. Dengar-dengar nak buat jalan tar lagi. Apa yang saya dengar kos jalan yang nak dibuat RM200,000 / 1km. Pelik sebab kos yang biasa adalah RM800,00 / 1km. Ini yang saya tahulah. Tak tahu pula kos sebenar. Tak tahulah macam mana jadinya nanti.

Waktu sangat singkat dirasakan. Jam pun sudah pukul 11. Selepas salam semua, saya pun pergi ke gate semula menunggu bas. Tiba di gate saya bertembung dengan kawan daus. Dia tumpangkan kami ke Pekan Kunak. Sampai sahaja kami terus ke terminal bas yang macam tak terminal pun. Hampir sejam barulah bas itu bertolak. Dia tunggu hingga genap 9 orang barulah dia bergerak. Tambang pun dah naik daripada RM10 ke RM13 seorang. Pening lagi. Ketika lalu di hadapan Ladang Mostyn saya sempat mengambil gambar sebagai kenangan. Manalah tahu selepas ini akan berlaku lagi perubahan. Semua ini adalah sejarah kerana setiap masa yang berlalu adalah sejarah dan lebih mudah diceritakan kalau disertakan dengan gambar. Kan kan kan…

About these ads

Respon

  1. salam. Alahai kampung dekat pun tak rajin balik. hampeh tol lah. hehe.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: