Posted by: deriyadh | Jun 4, 2008

Minyak naik lagi..

Hari ini satu lagi kejutan yang dirasai oleh seluruh rakyat di Malaysia. Minyak nak lagi bah. Fuh.. Bukan alang alang jumlah kenaikannya. Mampu menaikkan bulu roma bagi sesiapa yang berpendapatan rendah. Petrol yang sekarang ini RM1.92 seliter akan mengalami kenaikan RM0.78 kepada RM2.70. Diesel pula kini dijual RM1.58 akan mengalami kenaikan RM1 kepada RM2.58.

Saya sendiri yang berada di tempat kerja pada waktu itu hanya dapat mengetahuinya melalui internet selepas melayari laman web utusan, berita harian dan harian metro. Kesempatan yang ada saya ambil dengan pergi ke stesen minyak mengisi minyak petrol untuk waktu terakhir menikmatinya pada kadar Rm1.92 seliter. Seingat saya ketika pertama kali bermotor, saya mengisi minya RM1.20 seliter. Saya tidak ingat pula harga minyak dunia ketika itu.

Apabila dah mengalami kenaikan seperti ini rasa malas nak beli kereta pula jadinya. Kalau tak beli ‘anggota’ dah semakin ramai dah ni. Dah nak masuk dua. Kang naik motor susah pula jadinya. Pening-pening. Kalau tak naik harga minyak, kerajaan akan kata tidak dapat berikan pembangunan. Kalau naik, rakyat nanti ada yang tak bangun-bangun dah esok pagi melihatkan harga barang yang juga akan turut mengalami kenaikan.

Suasana stesen minyak memang sibuk ketika saya sampai di Stesen Minyak Jalan Mawar Kampung Jawa. Banyak kenderaan beratur menunggu giliran untuk mengisi minyak. Ini adalah kali kedua situasi sebegini saya pernah lihat. Pertama dahulu ketika krisis minyak diesel melanda Sabah. Itu hanyalah untuk kenderaan yang menggunakan minyak diesel sahaja. Sekarang ini melibatkan kedua-dua jenis minyak menjadikan stesen minyak lebih sesak. Saya sempat menoleh stesen minyak lain di sepanjang perjalanan saya itu dan saya lihat semuanya sibuk dengan jumlah kenderaan yang beratur panjang.

 

Sekarang ini pun orang ramai bukan sahaja menyerbu stesen minyak tetapi juga pasar raya. Harga beras juga telahpun meningkat. Beras yang berharga Rm18.50 dahulu kini mengalami kenaikan kepada RM23.50. Menambahkan pening lagi di kepala yang sememangnya pening dengan kenaikan barang lain sebelum ini. Hingga saat sekarang ini pun (9.30 malam) kenderaan masih lagi membanjiri semua stesen minyak di Tawau. Orang memang ambil kesempatan ini untuk memenuhkan tangki minyak masing-masing. Saya tidak nampak pula kalau ada sesiapa yang membawa tong untuk mengisi minyak sebagai simpanan. Waktu saya di stesen minyak, hanya saya seorang sahaja penguna motorsikal yang mengisi minyak ketika itu. Rasanya pengguna lain tidak terasa dengan kenaikan itu, sebab tangki motor kecil dan tidak dapat mengisi minyak dengan banyak sebagaimana kenderaan lain.

Apapun, semua yang berlaku ada hikmahnya. Bersyukurlah dengan apa yang ada kerana ada di tempat lain mereka lebih teruk dengan kita (ini bukan penyataan setuju dengan kenaikan harga minyak)

 

 


Leave a response

Your response:

kategori