
Entah kenapa dengan saya hari ini, apapun ianya satu perubahan yang baik. Walaupun anak saya buat perangai, saya hanya senyum memperhatikannya. Alhamdulillah.
Sedang syok menonton sidang parlimen, tak sedar masa tayangan di RTM1 dah tamat. Waktu nak mengulaslah pula. Dari apa yang saya perhatikan, penerangan yang diberi memang jelas sekali menunjukkan tetamu jemputan tersebut sedang mengajar dan memperkenalkan kepada semua prosedur-prosedur persidangan dalam dewan rakyat. Dapat juga sedikit ilmu tentangnya. Maklumlah, pertama kali selama 50 tahun sidang parlimen ditayangkan secara langsung. Nasib baik kali ni tak ada bigfoot dan big monkey. Tak tahulah pula selepas tayangan secara langsung tu.
Hari ini juga hari terakhir untuk siapkan kertas peperiksaan untuk murid-murid. Alhamdulillah semuanya telahpun siap. Saya hanya perlu menghantar kertas peperiksaan kepada guru peperiksaan. Kalau hantar lambat, masamlah mukanya nanti.
Waktu nak hidupkan enjin motor nak balik dari kerja, saya rasa geram sesangat dengan perangai sekumpulan bebudak. Apa taknya, mereka meluru terus ke bas sekolah mereka tanpa menoleh kiri dan kanan untuk melintas jalan. Kebetulan waktu itu bas sekolah mereka berada di seberang jalan. Hampir jadi jenazah bebudak ni. Dah banyak kali dipesan cara nak melintas jalan tetapi kerana berebutkan tempat duduk dengan kawan, mereka berlari tanpa menoleh. Pemandu 4X Hilux tu menekan hon lama seperti terkejut dengan perangai bebudak tu. Rasanya memang terkejut pun. Saya ni yang melihat dari jauh pun terkejut apatah lagi dia yang hampir melanggar bebudak tu. Ish ish ish… perangai budak sekarang. Dah berbuih tahap gaban dah mulut ni menasihat tapi benda yang sama juga berulang.
salam ukhuwah fiLLah. Saudara, boleh ke ajar sket camne cara nk buat link ke READ MORE cam paparan saudara nih. Cam posting yang nih tidak penuh. Kalau nak baca penuh saudara suruh klik READ MORE 2. Yang tu saya nak blaja buat. X jadi2 lagik nih
. Kalau jadi boleh le jimat sket space paparan utama nih. Harap sudi membantu
By: shamsuleffendey on Mei 9, 2008
at 6:48 am
assalamualaikum. pasal tu tak susah sebenarnya. kalau nak guna read more tu cuma klik insert more tag ikon dalam ikon bar. ikon sebaris dengan B I ABC tu la.. harap faham dengan penjelasan saya ni. saya pun tak tahu nak jelaskan secara spesifik. saya ni pun bukannya pandai sangat dengan blog ni. baru belajar bah
By: deriyadh on Mei 11, 2008
at 2:30 pm